February 25, 2006

>Murid : Selamat pagi, cikgu.
>Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
>Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
>Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
>Murid : Selamat sejahtera cikgu!
>Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
>Murid : Faham, cikgu!
>Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
>Cikgu : Pandai!
>Murid : Bodoh!
>Cikgu : Tinggi! >
>Murid : Rendah! >
>Cikgu : Jauh! >
>Murid : Dekat! >
>Cikgu : Oh Tuhan! >
>Murid : Oh Hamba! >
>Cikgu : Dengar ini! >
>Murid : Dengar itu! >
>Cikgu : Diam!
>Murid : Bising! >

>Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! >
>Murid : Ini ialah jawapan, pandai! >
>Cikgu : Mati aku! >
>Murid : Hidup kami! >
>Cikgu : Rotan baru tau! >
>Murid : Akar lama tak tau! >
>Cikgu : Malas aku ajar kamu! >
>Murid : Rajin kami belajar cikgu! >
>Cikgu : Kamu gila! >
>Murid : Kami siuman! >
>Cikgu : Cukup! Cukup! >
>Murid : Kurang! Kurang! >
>Cikgu : Sudah! Sudah! >
>Murid : Belum! Belum! >
>Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? >
>Murid : Sebab saya seorang pandai! >
Cikgu : Oh! Melawan! >
>Murid : Oh! Mengalah! >
>Cikgu : Kurang ajar! >
>Murid : Cukup ajar! >
>Cikgu : Habis aku! >
>Murid : Kekal kami! >
>Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! >
>Murid : K.O. Pengajaran belum bermula! >
>Cikgu : Sudah, bodoh! >
>Murid : Belum, pandai! >
>Cikgu : Berdiri! >
>Murid : Duduk! >
>Cikgu : Bangang kamu ni! >
>Murid : Cerdik kami tu! >
>Cikgu : Rosak! >
>Murid : Baik! >
>Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
>Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

>Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) >Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid >berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.................

3 comments:

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»

Anonymous said...

Really amazing! Useful information. All the best.
»